Wednesday, May 18, 2011

NOTIS MUKTAMAR SANAWI KE-38

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ABIM Daerah Taiping akan mengadakanMuktamar Sanawi Ke-38 seperti ketentuan berikut :

Tarikh :
22 Mei 2011

Masa :
9.00 Pagi

Tempat :
Dewan Seminar,
Kompleks Rakan Muda Larut Matang,
Jalan Bukit Jana, Kamunting.

Oleh itu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli ABIM berdasarkan Perlembagaan ABIM Fasal 5.4.7.1, semua ahli ABIM Daerah Taiping dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Muktamar Sanawi Ke-38 pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Saudara juga boleh menghantar usul-usul sebelum atau pada hari muktamar kepada Setiausaha Daerah.

Usul-usul boleh di hantar melalui :

1. E-mail ke alamat : abim_tpg@yahoo.com.my
2. Hantar message di Facebook 'Abim Taiping '
3. Serahan tangan sebelum muktamar bermula

Semoga kehadiran saudara/saudari, majlis ini akan terlaksana dengan jayanya dan mendapat keredhaan ALLAH swt.

Sekian, terima kasih.

"Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan"

:: SELAMAT BERMUKTAMAR ::

Sunday, May 15, 2011

FORUM PENGKISAHAN SEJARAH ABIM

Satu forum telah di anjurkan oleh ABIM Pusat bertemapt di Dewan Serbaguan Universiti Selangor (UNISEL) pada 14 Mei yang lalu.

Antara panelist yang telah hadir untuk menjayakan majlis adalah di kalangan mantan-mantan presiden yang terawal seperti Prof. Dr. Razali Nawawi (Mantan Presiden Pertama ABIM), Dato' Seri Anwar Ibrahim (Mantan Presiden Kedua ABIM), Dato' Dr. Siddiq Fadhil (Mantan Presiden Ketiga ABIM). Seramai 4 orang ahli ABIM Taiping telah hadir ke majlis tersebut.