Monday, August 9, 2010

KEMPAN SEORANG SEKAMPIT BERAS


Bersemperna ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, ABIM Daerah Taiping mengajurkan Kempen Seorang Sekampit Beras, bertujuan khusus untuk membantu golongan fakir miskin yang kurang berkemampuan di seluruh Daerah Taiping agar terus dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempuran dan menyambut Aidilfitri melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi meraka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, satu majlis pelancaran bakal disempurnakan oleh YDP ABIM Daerah Taiping, saudara Tn. Haji Abdul Mohsin bin Musa, yang akan dilangsungkan di Surau SERI Al-Ummah pada 5 Ramadhan akan datang.

Fasa Sumbangan Ramadhan / Syawal

Fasa Pertama

8 Syabban 1430 - 25 Ramadhan 1430
Kempen Sumbangan Beras dan Barangan Keperluan Lain

Fasa Kedua

1 Ramadhan 1430 - 25 Ramadhan 1430
Majlis Pelancaran Kempen Pada 1 Ramadhan 1430
Penyampaian Sumbangan Ramadhan

Fasa Ketiga

22 Ramadhan 1430 - 29 Ramadhan 1430
Penyampaian Sumbangan Syawal

Kesemua sumbangan yang diterima dari masyarakat akan diagihkan kepada golongan fakir miskin yang kurang berkemampuan dari rumah ke rumah bagi penerima yang layak. Sumbangan berbentuk beras dan lain-lain barangan makanan keperluan haria seperti gula, minyak, tepung dan susu atau sumbanga tunai boleh disalurkan kepada : -

Sekretariat ABIM Daerah Taiping,
JKR 31, Jalan Assam kumbang,
34000 Taiping, Perak.

atau bantuan tersebut boleh di salurkan kepada Ahli- Jawatankuasa ABIM Daerah Taiping. Sebarang pertanya boleh menghubungi Pusat Dakwah di talian 05-8062696.

Wednesday, July 14, 2010

KEM KEMBARA REMAJA '10

MUQADDIMAH

Kehidupan di tengah bandar menjanjikan seribu satu kesenangan dan kesusahan. Cabaran anak muda masa kini semakin hari semakin mencabar dan ditambah pula dengan kehidupan di era globalisasi. Pelbagai unsur positif dan negatif boleh menambat hati anak muda yang masih tercari-cari indentiti mereka sendiri. Tenaga muda merupakan elemen yang paling penting untuk pembangunan sesebuah negara. Mereka harus dibimbing dan dilindungi agar satu hari nanti khidmat mereka boleh disumbangkan kembali kepada pembangunan negara.

Justeruitu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Taiping akan menganjurkan Kem KEMBARA Remaja Islam (KEMBARA ‘10) dengan bertemakan “Memperkasa Survival Generasi Muda” menjadi satu langkah penting bagi merealisasikan matlamat tersebut terutamanya kepada generasi muda yang berada di daerah Taiping

OBJEKTIF

1.Memperkasa jati diri dan membina akhlak di kalangan
generasi muda.
2.Sebagai wadah generasi muda menangani permasalahan sosial.
3.Mengisi masa lapang sewaktu cuti sekolah disamping menyemai
gaya hidup sihat sebagai seorang muslim.

KUMPULAN SASARAN

80 orang peserta, Terdiri daripada belia-belia di sekitar Taiping.
Berumur di antara 16 tahun hingga 25 tahun, Lelaki dan Perempuan.

PERJALANAN PROGRAM

Program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Pulara Resort yang bertemakan alam semula jadi. Para peserta akan didedahkan dengan kehidupan yang serba sederhana.

Sepanjang program ini berlangsung, para peserta akan di kendalikan oleh beberapa orang mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM) yang berperanan sebagai fasilitator. Mereka berpengalaman di dalam mengendalikan kursus-kursus kepimpinan. Penceramah-penceramah dan jurulatih-jurulatih jemputan juga adalah dari golongan profesional dan berpengalaman.


PENGANJUR


ABIM Daerah Taiping

DENGAN KERJASAMA

Majlis Belia Daerah Larut Matang
Pejabat Belia & Sukan Daerah Larut Matang
Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak


Dapatkan borang penyertaan disini :



- sila save dahulu borang di atas sebelum printout -

Friday, July 9, 2010

Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Hj. Othman



Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof Haji Othman adalah Profesor dalam bidang Fizik di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain terlibat dalam bidang sains dan tugas di Institut Islam Hadhari, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof juga adalah Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semenjak tahun 2005 di samping menjadi Ketua Editor untuk Journal HADHARI. Beliau banyak terlibat dalam Program Islam Hadhari dan Program Integriti Negara melalui Institut Integriti Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Beliau juga sering diminta untuk memberikan pandangannya dalam program televisyen dan akhbar tempatan.

Atas sumbangan dan kecemerlangan beliau, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof telah dihadiahkan Anugerah Penghargaan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H (2006M), Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1429H (2008M), anugerah WREN PIONEER oleh World Renewable Energy Council/Network dan Anugerah Saintis Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004 dan 2005). Pada tahun 1993, beliau telah dianugerahkan Darjah Kesatria Mangku Negara oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

MOTIVASI KELUARGA ISLAM BERSAMA TOKOH

“ MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ”

Tarikh : 28 Rejab 1431 bersamaan 11 Julai 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah, Kompleks Rakan Muda, Kamunting
Penceramah : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Hj. Othman

PENGENALAN PROGRAM

Dasar Keluarga Negara yang digubal dalam RMK-9 yang lepas telah mempromosikan konsep mengutamakan keluarga dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan ke arah membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan berdaya tahan. Sebagai langkah awal bagi merealisasikan misi besar ini, masyarakat sewajarnya didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu kekeluargaan yang di antaranya merupakan pengetahuan tentang kesedaran, kecerdasan dan kebijaksanaan ibu bapa untuk menguasai kemahiran keibubapaan berkesan agar pengurusan keluarga itu dapat berlaku dalam suasana yang harmoni.

Sesungguhnya kemahiran keibubapaan yang berkesan menuntut kebijaksanaan dan sentuhan kasih sayang yang tinggi. Dalam hadith Rasulullah s.a.w. daripada Abu Qatadah disebutkan, “Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama kami sambil mendukung Umamah binti Zainab. Jika baginda sujud, diletakkannya Umamah. Dan apabila baginda berdiri, didukungnya.” Daripada hadith ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa kemahiran mendidik anak-anak terletak di bahu ibu dan bapa tanpa kompromi dan melalui pendekatan yang berhikmah, pendidikan anak-anak tidak akan mengabaikan tuntutan kita sebagai ibu bapa, pemimpin dan pekerja serta hamba Allah.

Sebarang usaha dalam membentuk wadah informasi dan ilmu serta menyampaikan pengetahuan ini kepada umum khususnya ibu bapa seharusnya dijadikan keutamaan dan diambil perhatian oleh seluruh organisasi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan dan persendirian. Justeru itu ABIM Daerah Taiping atas penuh kesedaran mengambil peluang ini bagi melaksanakan Program Motivasi Keluarga Islam Bersama Tokoh dan seterusnya berusaha mencapai objektif yang disasarkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Memberi pendedahan umum mengenai cabaran-cabaran terkini dan masa hadapan dalam konteks pembinaan institusi keluarga.

Memberi informasi kepada peserta bagi mengenali dan memahami keupayaan diri dan pasangan dan seterusnya merangka pelan pembaikan.

Memberi kemahiran keibubapaan berkesan kepada peserta untuk mendidik anak-anak dengan kaedah yang bijaksana dan penuh sentuhan kasih sayang.

KUMPULAN SASARAN

1. Ibu bapa pelajar TASKI dan SERI Al-Ummah, Taiping.
2. Gabungan Badan-badan Belia.
3. Jabatan dan Agensi Kerajaan.
4. Masyarakat Umum.

TENTATIF PROGRAM



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pusat Dakwah ABIM Daerah Taiping.
JKR 31, Jalan Assam Kumbang,
34000 Taiping. Tel : 05 – 8062696 /
Urusetia : 013-4244658 (Cik Lizawati Shari)

Monday, May 10, 2010

MUKTAMAR SANAWI KALI KE-37

Pada 9 Mei yang lalu, telah berlangsung Muktamar Sanawi ABIM Daerah Taiping Kali ke-37 bertempat di Dewan Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Taiping.

Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan Presiden, Saudara Hamidi. Dianggarkan seramai hampir 40 orang telah hadir, terdiri daripada ahli-ahli, guru-guru Taski dan Seri serta beberapa orang tetamu yang di jemput.

Muktamar kali ini menampilkan pimpinan-pimpinan muda yang bakal menerajui perjuangan ABIM Daerah Taiping di dalam menghadapi cabaran era globalisasi.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.

GAMBAR