Friday, July 9, 2010

MOTIVASI KELUARGA ISLAM BERSAMA TOKOH

“ MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ”

Tarikh : 28 Rejab 1431 bersamaan 11 Julai 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah, Kompleks Rakan Muda, Kamunting
Penceramah : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Hj. Othman

PENGENALAN PROGRAM

Dasar Keluarga Negara yang digubal dalam RMK-9 yang lepas telah mempromosikan konsep mengutamakan keluarga dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan ke arah membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan berdaya tahan. Sebagai langkah awal bagi merealisasikan misi besar ini, masyarakat sewajarnya didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu kekeluargaan yang di antaranya merupakan pengetahuan tentang kesedaran, kecerdasan dan kebijaksanaan ibu bapa untuk menguasai kemahiran keibubapaan berkesan agar pengurusan keluarga itu dapat berlaku dalam suasana yang harmoni.

Sesungguhnya kemahiran keibubapaan yang berkesan menuntut kebijaksanaan dan sentuhan kasih sayang yang tinggi. Dalam hadith Rasulullah s.a.w. daripada Abu Qatadah disebutkan, “Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama kami sambil mendukung Umamah binti Zainab. Jika baginda sujud, diletakkannya Umamah. Dan apabila baginda berdiri, didukungnya.” Daripada hadith ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa kemahiran mendidik anak-anak terletak di bahu ibu dan bapa tanpa kompromi dan melalui pendekatan yang berhikmah, pendidikan anak-anak tidak akan mengabaikan tuntutan kita sebagai ibu bapa, pemimpin dan pekerja serta hamba Allah.

Sebarang usaha dalam membentuk wadah informasi dan ilmu serta menyampaikan pengetahuan ini kepada umum khususnya ibu bapa seharusnya dijadikan keutamaan dan diambil perhatian oleh seluruh organisasi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan dan persendirian. Justeru itu ABIM Daerah Taiping atas penuh kesedaran mengambil peluang ini bagi melaksanakan Program Motivasi Keluarga Islam Bersama Tokoh dan seterusnya berusaha mencapai objektif yang disasarkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Memberi pendedahan umum mengenai cabaran-cabaran terkini dan masa hadapan dalam konteks pembinaan institusi keluarga.

Memberi informasi kepada peserta bagi mengenali dan memahami keupayaan diri dan pasangan dan seterusnya merangka pelan pembaikan.

Memberi kemahiran keibubapaan berkesan kepada peserta untuk mendidik anak-anak dengan kaedah yang bijaksana dan penuh sentuhan kasih sayang.

KUMPULAN SASARAN

1. Ibu bapa pelajar TASKI dan SERI Al-Ummah, Taiping.
2. Gabungan Badan-badan Belia.
3. Jabatan dan Agensi Kerajaan.
4. Masyarakat Umum.

TENTATIF PROGRAM



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Pusat Dakwah ABIM Daerah Taiping.
JKR 31, Jalan Assam Kumbang,
34000 Taiping. Tel : 05 – 8062696 /
Urusetia : 013-4244658 (Cik Lizawati Shari)

No comments:

Post a Comment