Friday, July 9, 2010

Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusuf Hj. Othman



Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof Haji Othman adalah Profesor dalam bidang Fizik di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain terlibat dalam bidang sains dan tugas di Institut Islam Hadhari, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof juga adalah Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semenjak tahun 2005 di samping menjadi Ketua Editor untuk Journal HADHARI. Beliau banyak terlibat dalam Program Islam Hadhari dan Program Integriti Negara melalui Institut Integriti Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Beliau juga sering diminta untuk memberikan pandangannya dalam program televisyen dan akhbar tempatan.

Atas sumbangan dan kecemerlangan beliau, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof telah dihadiahkan Anugerah Penghargaan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H (2006M), Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1429H (2008M), anugerah WREN PIONEER oleh World Renewable Energy Council/Network dan Anugerah Saintis Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004 dan 2005). Pada tahun 1993, beliau telah dianugerahkan Darjah Kesatria Mangku Negara oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

No comments:

Post a Comment